Mirip buah, bapa kesal nama dua anak dipersenda

Seorang bapa kesal kerana nama anaknya Muhammad Dhury Yan dikaitkan dengan durian. — Foto AFP
Seorang bapa kesal kerana nama anaknya Muhammad Dhury Yan dikaitkan dengan durian. — Foto AFP

SUNGAI PETANI, 5 Sept — Seorang bapa kesal berikutan dua anaknya yang nama mereka mirip buah-buahan ditular dan dipersenda di media sosial.

Tiada kaitan dengan durian dan rambutan, Abi Amin Mahayadin, 40, berkata nama Muhammad Dhury Yan, 6, dan Nur Rambutt’an, setahun, diberi keluarga mereka, lapor Sinar Harian.

“Nama ni dapat dari orang-orang lama, depa orang baik-baik, ada pertalian keluarga juga, macam pangkat tok-tok, jadi kami ikut sahaja,” katanya.

Abi mengakui terkejut dan kesal berikutan dokumen pengenalan diri  anaknya ditularkan, malah beliau turut menerima kecaman.

Beliau yang baru mendapat anak lelaki berusia 20 hari, berharap masyarakat menghormati keputusan keluarganya.

“Yang baru ni tak dak nama lagi, tunggu tok depa bagi,” katanya merujuk “orang lama” yang ada pertalian keluarga.

Artikel Berkaitan