Ambiga 'kasihan' Anwar, kenapa Azizah, Nurul tidak undur?

Datuk Ambiga Sreenevasan (foto) tidak bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Port Dickson melalui pilihan raya kecil. ― Foto oleh Ham Abu Bakar
Datuk Ambiga Sreenevasan (foto) tidak bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Port Dickson melalui pilihan raya kecil. ― Foto oleh Ham Abu Bakar

KUALA LUMPUR, 14 Sept — Datuk Ambiga Sreenevasan mengkritik PKR yang sengaja mencipta pilihan raya kecil (PRK) untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas pengerusi Bersih 2.0 itu menyifatkan tindakan memaksa kekosongan kerusi Port Dickson sebagai salah dan mengkhianati undi rakyat.

“Saya rasa kasihan pada rakyat, kasihan juga pada beliau,” kata Ambiga kepada pemberita. “Saya rasa ia merugikan sistem dan demokrasi.”

Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam, bersetuju Anwar kembali aktif berpolitik tetapi kerusi itu harus dikosongkan oleh ahli keluarganya.

“Saya tiada isu dengan Anwar kembali aktif kerana beliau layak berbuat demikian tetapi saya dan orang awam faham satu ahli keluarganya perlu mengosongkan kerusinya,” katanya, seorang anggota Jawatankuasa Reformasi Institusi yang dibentuk selepas Pakatan Harapan merampas Putrajaya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar, dan anak mereka Nurul Izzah enggan melepas kerusi masing-masing.

Baca seterusnya di Malay Mail.