Dua suspek 'panggang' kucing di kedai dobi ditahan

Paparan skrin dari rakaman CCTV menunjukkan tiga suspek kes bunuh kucing dalam mesin pengering dobi di Taman Gombak Ria.
Paparan skrin dari rakaman CCTV menunjukkan tiga suspek kes bunuh kucing dalam mesin pengering dobi di Taman Gombak Ria.

GOMBAK, 14 Sept ― Polis menahan dua lelaki yang terlibat membunuh seekor kucing bunting dengan memasukkannya dalam mesin pengering pakaian di sebuah kedai dobi layan diri.

Ketua polis daerah Gombak berkata dua daripada tiga suspek yang diburu itu ditahan sekitar sini, dan polis masih lagi memburu seorang lagi yang masih bebas, lapor BH Online.

“Kedua-dua lelaki berkenaan yang mana perlakuan kejam mereka membunuh seekor kucing bunting terbiar dengan kejam, ditahan awal pagi tadi sekitar daerah ini,” kata ACP Samsor Maarof.

“Bagaimanapun, polis masih lagi memburu seorang lagi suspek yang turut berada di lokasi ketika kejadian kejam itu dilakukan.”

Polis semalam mendedahkan gambar tiga lelaki yang dikehendaki kerana “memanggang” haiwan itu dalam kejadian di Taman Gombak Ria, 12.30 tengah malam, Selasa lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan