Nurul Izzah dinamakan ‘Wanita Berpengaruh Asia 2018’

Nurul Izzah Anwar menerima anugerah 'Wanita Berpengaruh 2018' dalam Sidang Kemuncak CEO Asia di Singapura. ― Foto oleh Miera Zulyana
Nurul Izzah Anwar menerima anugerah 'Wanita Berpengaruh 2018' dalam Sidang Kemuncak CEO Asia di Singapura. ― Foto oleh Miera Zulyana

KUALA LUMPUR, 21 Nov — Nurul Izzah Anwar dinamakan sebagai ‘Wanita Berpengaruh 2018’ dalam Sidang Kemuncak CEO Asia di Singapura semalam.

Anugerah itu antara beberapa yang disampaikan dalam majlis bertemakan “Wanita dalam Kepimpinan dan Teknologi”.

Penganjur bersama Influential Brands berkata ia bagi mengiktiraf perjuangan demokrasi wakil rakyat Permatang Pauh itu selama hampir 20 tahun dan menjadi contoh kepada negara serantau.

Calon-calon dinilai berdasarkan pengaruh, kepimpinan dan jenama sendiri, menurut kenyataan media.

Baca seterusnya di Malay Mail