Kajian NGO: Ganja kurangkan sakit kronik, lebih selamat dari gula

Sebanyak 29.3 peratus daripada 1,367 penghidap pelbagai penyakit kronik mendakwa penggunaan ganja berkesan untuk mengurangkan kesakitan. — Foto AFP
Sebanyak 29.3 peratus daripada 1,367 penghidap pelbagai penyakit kronik mendakwa penggunaan ganja berkesan untuk mengurangkan kesakitan. — Foto AFP

KUALA LUMPUR, 29 Jan — Penggunaan ganja diakui mampu mengurangkan sakit kronik tetapi kajian lebih terperinci perlu dijalankan, kata Malaysia Society of Awareness (Masa).

Kajian menunjukkan 29.3 peratus daripada 1,367 penghidap pelbagai penyakit kronik mendakwa penggunaan ganja berkesan untuk mengurangkan kesakitan, lapor Berita Harian.

Setiausaha Malaysia Society of Awareness (Masa) berkata kajian mendapati ganja pada dos rendah memberi kebaikan kesihatan tetapi membawa mudarat jika diambil berlebihan.

“Ini adalah tindak balas semula jadi yang dikatakan membawa rasa khayal,” kata Harish Kumar Thanabalan merujuk kajian yang dibuat Prof Madya Dr Mohamad Aris Mohd Moklas.

“Bagaimanapun, penggunaannya (ganja) harus dikaji dengan lebih terperinci kerana tidak membawa kemudaratan atau hilang kawalan seperti mabuk akibat arak”.

Kajian tersebut melibatkan kelompok terdiri daripada pengidap barah, sakit kronik, autisme dan sawan yang menggunakan ganja untuk perubatan serta pengguna media sosial.

Harish berkata sebanyak 55.8 peratus daripada 2,000 responden juga menganggap penggunaan ganja untuk perubatan lebih selamat berbanding pengambilan gula berlebihan.

Beliau yakin masyarakat di negara ini boleh menerima penggunaan ganja kerana ia lebih selamat berbanding amalan merokok, minum arak dan pengambilan gula berlebihan.

Artikel Berkaitan