Tunjuk pesilat tidak berbaju, Nubhan nafi cari publisiti (VIDEO)

Nubhan berkata video ‘Tak Tahan’ bukan berniat megeksploitasi tubuh badan lelaki seperti dakwaan pihak tertentu. ― Foto ihsan Instagram/Nubhan
Nubhan berkata video ‘Tak Tahan’ bukan berniat megeksploitasi tubuh badan lelaki seperti dakwaan pihak tertentu. ― Foto ihsan Instagram/Nubhan

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Penampilan lelaki tidak berbaju dalam muzik video terbaru bukan untuk menambah jumlah tontonan, kata penyanyi Nubhan. 

Bintang Akademi Fantasia berkata video Tak Tahan juga bukanlah berniat megeksploitasi tubuh badan lelaki seperti dakwaan pihak tertentu, lapor Harian Metro.

“Saya minta lihat pada sudut positif yang mana sekumpulan lelaki itu tidak berbaju kerana mereka bersilat. Bukan membiarkan badan mereka dieksploitasi.

“Lagu baru saya, Tak Tahan ini bergenre ‘pop fusion’ yang memuatkan elemen tradisional. Jadi, saya ambil aktiviti silat ini untuk dimuatkan selain tarian tradisional.

“Saya tidak menghasilkan muzik video lagu ‘Tak Tahan’ ini kerana mahu mengeksploitasi tubuh badan lelaki. Cuma, ia dilihat sesuai dengan genre lagu,” katanya.

Tak Tahan merupakan buah tangan terbaru Nubhan selepas lama menyepi dalam arena hiburan.

Lagu ciptaan komposer Indonesia itu dimuatkan di YouTube semalam dan sudah ditonton lebih 9,000 kali. 

Artikel Berkaitan