Covid-19: Dunia catat 10 juta kes, AS paling tinggi

Kebanyakan negara masih terus mengetatkan langkah keselamatan bagi membendung penularan Covid-19. — Foto Reuters
Kebanyakan negara masih terus mengetatkan langkah keselamatan bagi membendung penularan Covid-19. — Foto Reuters

KUALA LUMPUR, 29 Jun — Kes jangkitan Covid-19 dianggarkan mencecah 10 juta di seluruh dunia ketika ini.

Data dikeluarkan John Hopkins University turut menunjukkan angka kematian akibat pandemik itu terus meningkat dengan jumah keseluruhan lebih 500,000.

Setakat semalam, jumlah jangkitan baharu Covid-19 telah mencapai 10,057,300 kes.

Statistik turut menunjukkan Amerika Syarikat (AS) masih menjadi negara tertinggi merekodkan kes Covid-19 dengan 2.5 juta kes jangkitan.

Berdasarkan jumlah itu, lebih 125,000 telah menjadi korban akibat Covid-19 di AS.