Tunjal kepala isteri, Nubhan buka cerita sebenar (VIDEO)

Penyanyi Nubhan bersama isterinya Afifah Hidayah Tawfek. — Foto ihsan Instagram/nubhan.ahamad
Penyanyi Nubhan bersama isterinya Afifah Hidayah Tawfek. — Foto ihsan Instagram/nubhan.ahamad

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Penyanyi Nubhan tampil menjelaskan keadaan sebenar selepas videonya memarahi dan mengasari isteri tular di media sosial minggu lalu.

Nubhan, nama sebenar Ahmad Nubhan Ahamad, 33, tindakannya itu hanya lakonan (prank) yang dikenakan terhadap isterinya sempena ulang tahun kelima perkahwinan mereka.

“Maaf sayang sebab tertunjal kepala awak. Saya cuba nak buat awak marah tapi awak tak marah-marah.

“Sebab tu terpaksa berkasar sikit. Sampai sekarang saya rasa bersalah ni,” catat Nubhan di Instagram.

 

Bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam itu berkata beliau juga berasa bersalah terhadap isteri, Afifah Hidayah Tawfek kerana tersilap tarikh sambutan ulang tahun perkahwinan.

“Mungkin masalah hakiki lelaki suka lupa tarikh ni tak dapat dipisahkan.

“Sepatutnya bulan Ogos, saya ingatkan Julai,” tambahnya.

Minggu lalu tular di media sosial rakaman video Nubhan memarahi dan menunjal kepala isterinya di tempat awam.

Video yang dirakam seseorang dari jauh itu menunjukkan Nubhan kononnya berang dengan Afifah kerana kes hilang kereta.

Artikel Berkaitan