Noorkhiriah terharu, orang ramai hulur sumbangan naik taraf tandas surau

Pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie gemar melakukan kerja amal bagi membantu insan memerlukan. — Foto ihsan Instagram/Khiriah17
Pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie gemar melakukan kerja amal bagi membantu insan memerlukan. — Foto ihsan Instagram/Khiriah17

KUALA LUMPUR, 10 Sept ― Pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie bersyukur apabila proses menaik taraf tandas wanita surau di kawasan kediamannya telah selesai.

Mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menghulurkan sumbangan bagi menyiapkan proses naik taraf tandas tersebut, pelakon itu turut berpesan agar kemudahan disediakan digunakan sebaik mungkin.

“Alhamdulillah dah siap...maka gunakanlah dengan sebaiknya. Sudah siap tandas wanita Surau Ikhlas Palm Spring hasil sumbangan semua (orang ramai).

“Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian,” katanya di media sosial.

 

Sebelum ini, ProjekMM pernah melaporkan usaha Noorkhiriah memohon sumbangan orang ramai bagi menaik taraf tandas wanita surau berkenaan yang sudah uzur.

 

Selain aktif berlakon, Noorkhiriah sering melakukan kerja amal bagi membantu insan dalam sesusahan.

Antara kerja kebajikan dijalankan Noorkhiriah dan suaminya, Azfaizul Ahtan adalah dengan menyediakan perkhidmatan van jenazah.

Artikel Berkaitan