Vida, Cik B popular; Kacak mengadu tidak dihargai

Datuk Seri Hasmiza Othman mendakwa kasih sayang terhadap anak-anaknya tidak berubah. — Foto Bernama
Datuk Seri Hasmiza Othman mendakwa kasih sayang terhadap anak-anaknya tidak berubah. — Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 22 Dis — Datuk Seri Hasmiza Othman mendakwa kasih sayang terhadap anak-anaknya tidak berubah walau Cik B kini mampu mencari wang sendiri.

Hasmiza, mesra disapa Vida berkata, Kacak tetap disayangi walau fokus orang ramai kini lebih kepada Cik B.

“Kasihan Kacak. Dia rasa tidak dihargai dan rasa hanya tahu habiskan duit mama saja.

“Mama selalu cakap Cik B anak mama yang hebat. Kacak? Cik B boleh cari duit sendiri.

“Tetapi mama sayang semua anak mama,” coretnya di Instagram.

Pengasas Vida Cosmetics berkongsi tangkap layar perbualannya bersama Kacak, nama popular Muhammad Eric Zaquan.

Kacak mendakwa kesunyian selepas ibunya dan Cik B, nama popular Nur Edlynn Zamilleen masing-masing sibuk menghadiri program televisyen.

Cik B, 15, kini sedang giat mempromosikan lagu sulungnya “Tolonglah” selepas video muzik di YouTube ditonton lebih empat juta kali sejak dua minggu lepas.

Artikel Berkaitan