
PETALING JAYA, 26 Mac ― Penyanyi Ernie Zakri, 28, dan pasangan Syamel, 27, selamat dinikahkan hari ini.
Ernie berkongsi detik indah bersama para peminat dengan memuat naik foto dirinya bersama Syamel yang lengkap berbusana pengantin.
Majlis akad nikah berlangsung pada sebelah pagi yang dijalankan secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.
Sementara itu, majlis resepsi dijangka akan berlangsung pada 3 April nanti.
Ernie dan Syamel mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos tahun lalu selepas berkenalan ketika sama-sama terlibat dalam sebuah program nyanyian.