Dayana kongsi gembira berbadan dua, teruja kelahiran anak September

Pelakon Dayana Roza berkongsi kegembiraan mengandung anak sulung selepas bernikah Disember tahun lalu. ― Foto ihsan Instagram/Dayana Roza
Pelakon Dayana Roza berkongsi kegembiraan mengandung anak sulung selepas bernikah Disember tahun lalu. ― Foto ihsan Instagram/Dayana Roza

KUALA LUMPUR, 31 Mac ― Pelakon Dayana Roza berkongsi kegembiraan bersama pengikut di Instagram apabila mengumumkan berbadan dua selepas bernikah Disember tahun lalu.

Dayana, nama sebenar Nur Dayana Kamsun Baharin, 29, memuat naik foto pemeriksaan imbasan CT bayi sulungnya semalam, kelihatan seperti anaknya sedang 'melambai' tangan.

“Lambaian 'hai' pertama kamu kepada ayah dan ibu.

“Tak sabar nak tunggu setiap perkembangan pertama kamu sayangku,” catatnya di Instagram.

 

Pelakon filem Pencuri Hati Mr Cinderella itu juga meminta pengikutnya mendoakan agar keadaannya dipermudahkan.

Dayana dalam hantaran itu menjangkakan kelahiran bayi sulungnya pada September depan.

Di ruangan komen pengikutnya serta rakan-rakan artis turut mengucapkan tahniah atas perkhabaran itu.

Dayana bernikah dengan ahli perniagaan, A'dale Adham Ayahudin, 33, pada 25 Disember tahun lalu di Masjid Negara selepas tujuh tahun berkenalan.

Artikel Berkaitan