Perlis tetap panggil isteri jika lelaki tidak layak berpoligami

Tiada jalan pintas untuk berpoligami di Perlis walau hanya suami dipanggil memberi keterangan. — Foto AFP
Tiada jalan pintas untuk berpoligami di Perlis walau hanya suami dipanggil memberi keterangan. — Foto AFP

ARAU, 9 April — Tiada jalan pintas untuk berpoligami di Perlis sekalipun hanya suami dipanggil memberi keterangan pada peringkat awal permohonan, tegas Ketua Hakim Syarie Perlis Ibrahim Deris.

Beliau berkata ini kerana mahkamah tetap akan memanggil isteri pemohon sekiranya didapati keterangan si suami meragukan.

“Jika terdapat keraguan, pihak yang dinamakan sebagai majikan juga turut akan dipanggil bagi memberi keterangan,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis pentauliahan peguam syarie negeri Perlis, di sini hari ini.

Beliau juga menegaskan kelulusan berpoligami tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Ibrahim diminta mengulas mengenai laporan media sebelum ini berhubung kewujudan sindiket menawarkan poligami tanpa kebenaran isteri pertama yang dilaporkan berlaku antaranya di Perlis. — Bernama