Kes baharu Covid-19 meningkat, lapan lagi pesakit maut

Tan Sri Dr Nor Hisham Abdullah berkata 1,731 adalah penularan tempatan, manakala lapan lagi adalah kes import. — Foto oleh Hari Anggara
Tan Sri Dr Nor Hisham Abdullah berkata 1,731 adalah penularan tempatan, manakala lapan lagi adalah kes import. — Foto oleh Hari Anggara

KUALA LUMPUR, 11 April — Kes baharu Covid-19 di seluruh negara hari ini mencatatkan 1,739 kes dengan lapan kematian, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Nor Hisham Abdullah.

Menurutnya, daripada jumlah itu 1,731 adalah penularan tempatan, manakala lapan lagi adalah kes import.

“Kes sembuh pula adalah 1,216 menjadikan jumlah kumulatif 343,953,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19.

“Pada masa ini, terdapat 183 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 81 memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, tiga negeri mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu Selangor dengan 535 kes, diikuti Sarawak (443) dan Sabah (127). — Bernama