Tempoh terhad, cuba durian di Pizza Hut

Durian Cheese Pizza boleh didapati secara à la carte dan pilihan kombo bermula dari RM44.50.
Durian Cheese Pizza boleh didapati secara à la carte dan pilihan kombo bermula dari RM44.50.

KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Pizza Hut Malaysia memberi kejutan kepada peminatnya apabila memperkenalkan Durian Cheese Pizza terbaru.

Ketua Pizza Hut Malaysia berkata pihaknya berbangga menjadi jenama yang menghubungkan orang ramai menerusi keenakan pizza dan detik istimewa yang dikongsi bersama.

“Durian Cheese Pizza mengenengahkan kesungguhan kami untuk mengukir senyuman dan mewujudkan kebersamaan menerusi detik-detik perkongsian pizza, dengan mengolah dan mengangkat dua perisa yang amat dekat di hati rakyat Malaysia.

“Hidangan ini akan membawa anda ke sebuah pengembaraan enak di mana deria rasa anda bakal meneroka kawasan yang belum pernah dikunjungi sebelum ini, menerusi kombinasi rasa durian, keju dan pizza.

“Seperti mana diketahui, durian memberi letusan rasa berkrim di setiap gigitan yang membuatkan anda berasa ‘sedap tidak terkata’,” kata Loi Liang Tok. 

Pizza yang menggabungkan kelazatan keju dan “raja buah” ditawarkan sehingga 30 September di semua restoran Pizza Hut dan penghantaran seluruh negara.

Durian Cheese Pizza boleh didapati secara à la carte dan pilihan kombo di restoran dan penghantaran Pizza Hut bermula RM44.50.

Artikel Berkaitan