Kuih bulan perisa petai, hanya di Ipoh

Kuih bulan petai resepi Jennifer Chung menggunakan bahan kentang, sambal udang dan petai. — Foto oleh Farhan Najib
Kuih bulan petai resepi Jennifer Chung menggunakan bahan kentang, sambal udang dan petai. — Foto oleh Farhan Najib

IPOH, 3 Sept — Seorang peniaga dekat sini membuat kelainan apabila mencipta kuih bulan berperisa petai.

Jennifer Chung, 55, berkata beliau membuat resipi itu sejak tahun, selepas mendapat ilham dari minat ayahnya terhadap jenis ulaman itu.

“Disebabkan ayah saya suka makan petai, saya putuskan untuk kejutkannya dengan kuih bulan petai sempena ‘Mid Autumn Festival’,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bercham.

Dijual RM15 untuk dua biji, antara bahan yang digunakan adalah kentang, sambal udang kering dan petai.

Mempunyai pelanggan dari Pahang, Melaka, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, beliau mampu membuat sehingga 100 biji setiap hari tanpa bantuan sesiapa.

Bagi yang ingin mencuba, pesanan terakhir adalah pada 11 September ini.

Baca seterusnya di Malay Mail.

Artikel Berkaitan