Santap kedai tepi jalan, Permaisuri Agong minta resepi mi bandung

Tangkap layar video Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli ke sebuah gerai tepi jalan.
Tangkap layar video Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli ke sebuah gerai tepi jalan.

KUANTAN, 15 Sept — Seorang peniaga di sini bertuah apabila kedai makannya dikunjungi Raja Permaisuri Agong yang mahu menyantap mi bandung.

Berkongsi klip kehadiran Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Twitter semalam, Nur Madihah bersyukur dapat menjamu baginda.

“Alhamdulillah, berpeluang akhirnya jumpa Agong dan Permaisuri, siap singgah di kedai makan kami, selalu tengok orang saja,” tulisnya.

Dalam video selama 23 saat, itu Tunku dilihat memberhentikan kenderaannya di tepi jalan ketika hujan sedang turun renyai-renyai, sebelum membuka tingkap, dan bertanya:

“Ada mi bandung tak? mi bandung, mi Jawa tak nak, nak makan situ,” sambil menunjuk ke arah tempat itu.

 

 

Sementara itu, dalam klip berasingan, baginda juga meminta resipi dari pemilik kedai makan tersebut.

“Janji tau, ambil nombor telefon dia,” titah tuanku.

Ciapan Madihah itu dikongsi hampir 1,000 warga maya, malah memperoleh lebih 2,000 tanda ‘suka’.

Tuanku pada Rabu lalu menutup akaun Twitternya, sebelum mengaktifkan semula pada Sabtu, namun menutupnya tidak lama kemudian.

Artikel Berkaitan