Senyum peminat belanja, penyanyi nasyid mahu cuba Shell Out

Fakhrul dalam nada sinis mahu mencuba menikmati hidangan di restoran yang lebih eksklusif. — Foto ihsan Instagram/Fakhrul
Fakhrul dalam nada sinis mahu mencuba menikmati hidangan di restoran yang lebih eksklusif. — Foto ihsan Instagram/Fakhrul

KUALA LUMPUR, 25 Sept -- Tuah dikenali ramai, penyanyi nasyid Unic mendakwa seakan menjadi kelaziman dibelanja peminat ketika menikmati hidangan di luar. 

Fakhrul Radhi Khamarudin berkata peristiwa itu berulang apabila dibelanja pengunjung yang melemparkan senyuman ketika berada di kedai makan. 

“Banyak kali sudah jadi macam ini. Tengah makan tadi ada suami isteri senyum-senyum dekat saya, saya pun balaslah senyum balik dan angkat tangan dekat mereka. 

“Habis makan, masa hendak bayar, juruwang cakap ‘bil abang semua sudah dibayar’. Pasangan tadi yang bayarkan rupanya. 

“Alhamdulillah rezeki tidak disangka-sangka. Tidak sempat hendak ucap terima kasih kepada mereka. Saya doakan rezeki terbaik Allah ganti buat mereka,” coretnya di Instagram hari ini.

Meneruskan coretannya, Fakhrul dalam nada sinis mahu mencuba menikmati hidangan di restoran yang lebih eksklusif.

“Insya Allah lepas ini saya lepak Shell Out atau kedai steak. Siapa yang masuk kedai pun saya akan senyum dan lambai. Walau dia tidak kenal saya,” katanya. 

Artikel Berkaitan