Lulus Jakim, Ah Cheng Laksa nafi kuah ada darah babi

Ah Cheng Laksa akan membuat permohonan halal kepada semua cawangannya di negara ini. — Foto ihsan Facebook/Ah Cheng
Ah Cheng Laksa akan membuat permohonan halal kepada semua cawangannya di negara ini. — Foto ihsan Facebook/Ah Cheng

KUALA LUMPUR, 31 Okt — Rangkaian Ah Cheng Laksa menafikan penggunaan darah babi dalam masakan di restoran kendaliannya.

Pengarahnya, Goh Chun Hiang berkata dakwaan yang berlegar di media sosial tidak benar dan satu laporan polis sudah dibuat berkaitan isu terbabit.

“Makanan keluaran dari Central Kitchen Ah Cheng Laksa adalah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Kesemua bahan dan penyediaan makanan yang disediakan di semua cawangan Ah Cheng Laksa adalah dibekalkan dari Central Kitchen kami sahaja yang disahkan halal,” katanya.

Goh membuat laporan polis semalam selepas dimaklumkan Jakim mengenai dakwaan tular berkenaan di aplikasi WhatsApp.

Berdasarkan sijil pengesahan halal yang dimuatkan di Facebook, Jakim memperakukan 10 item Ah Cheng Laksa sehingga Oktober 2020.

Bagaimanapun, Goh dalam kenyataan sama berkata Ah Cheng Laksa akan membuat permohonan halal kepada semua cawangannya di negara ini.

Artikel Berkaitan