Starbucks Malaysia buka 24 jam bermula esok

Starbucks Malaysia akan beroperasi 24 jam bermula 1 Disember 2019 di lokasi terpilih. — Foto Reuters
Starbucks Malaysia akan beroperasi 24 jam bermula 1 Disember 2019 di lokasi terpilih. — Foto Reuters

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Berita baik buat penggemar kopi, Starbucks Malaysia akan beroperasi 24 jam bermula esok.

Mengumumkan perkara itu di Facebook hari ini, namun mereka berkata, waktu operasi baru itu hanya terhad di beberapa cawangan.

“Kami mendengar keluhan anda Malaysia! Kini anda boleh dapatkan kopi sepanjang hari di kedai-kedai 24 jam kami bermula 1 Disember,” catat restoran itu di media sosial.

Kedai terpilih itu seperti di SS15, Ampang, Kota Kemuning, Shaftburry Avenue, Highland Hotel, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1 dan 2) serta banyak lagi.

Untuk menyemak senarai lokasi yang menyediakan kopi 24 jam, boleh semak di sini.

Artikel Berkaitan