Peniaga kreatif cipta kaedah baharu bakar lemang

Kreativiti seorang peniaga mencipta alat bakar lemang mendapat pujian warga maya. — Foto ihsan TwitterRejaie Arbee
Kreativiti seorang peniaga mencipta alat bakar lemang mendapat pujian warga maya. — Foto ihsan TwitterRejaie Arbee

KUALA LUMPUR, 28 Mei — Lemang antara juadah wajib ketika sambutan Aidilfitri saban tahun.

Penyediaannya agak rumit membuatkan ramai lebih cenderung membeli lemang yang dibakar di tepi jalan.

Namun, lemang dibeli seringkali menghampakan apabila mentah dan berkerak ketika dihidang untuk juadah Aidilfitri.

Memastikan lemang dimasak sempurna, seorang peniaga di Lahat, Perak memberi nafas baharu ketika proses membakarnya.

Menerusi perkongsian Rejaie Arbee di Twitter, peniaga berkenaan dilihat mengaplikasikan konsep konveyor bagi memastikan lemang dimasak sempurna.

Lemang dibalikkan mengikut frekuensi masa ditetapkan, ini memudahkan peniaga jika sebelum ini perlu melakukannya satu demi satu.

Tidak pasti sama ada lemang yang dihasilkan lebih enak berbanding cara konvensional, kaedah berkenaan mendapat pujian warga maya.

Artikel Berkaitan