Ingin nikmati masakan Hong Kong? Ini yang harus anda cuba!

Kepelbagaian makanan di Hong Kong menjadikan ia sebagai salah satu destinasi pelancongan utama dunia. ― Foto oleh HKTB
Kepelbagaian makanan di Hong Kong menjadikan ia sebagai salah satu destinasi pelancongan utama dunia. ― Foto oleh HKTB

KUALA LUMPUR, 16 Okt ― Hong Kong tidak dinafikan terkenal sebagai antara destinasi tumpuan dunia yang menjanjikan pelbagai pengalaman menarik bagi para pelancong.

Gah sebagai “syurga” membeli-belah, Hong Kong juga amat sinonim dengan kepelbagaian aneka makanan yang pasti memikat selera rata-rata pengunjung ke wilayah itu.

Namun, tidak dinafikan penutupan sempadan kebanyakan negara susulan pandemik Covid-19 seluruh dunia menimbulkan kerinduan bagi para pelancong untuk merasai keunikan dan keenakan makanan di Hong Kong.

Atas alasan itu, Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) tampil dengan sebuah kempen dengan kerjasama syarikat e-hailing Grab untuk menawarkan pelbagai jenis makanan tempatan kepada rakyat negara ini.

Individu yang ingin merasai masakan Hong Kong boleh memesan hidangan yang diidamkan melalui aplikasi GrabFood mulai 12 Oktober dan menggunakan kod promosi khas ‘IMISSHK” bagi mendapatkan penghantaran secara percuma.

Antara restoran yang mengambil bahagian dalam kempen ini termasuk Mohd Chan, Pak Long Kopitiam, Dolly Dim Sum dan banyak lagi.

Selain itu, anda yang berminat untuk mempelajari petua masakkan Hong Kong boleh mengikuti tutorial bersama Chef terkemuka Ili Sulaiman menerusi akaun Instagramnya pada 17 Oktober.

Untuk makluman lanjut mengenai kempen ini, sila layari laman Facebook Discover Hong Kong di www.facebook.com/DiscoverHongKong.

Semoga juadah Siew Mai, Dumpling, Kam Heong, dan lain-lain membawa anda merasai pengalaman berada di Hong Kong!