Pop Meals buka kedai konsep di Cyberjaya

Antara menu yang ditawarkan Pop Meals di D'Pulze Mall, Cyberjaya. — Foto ihsan Facebook/Pop Meals MY
Antara menu yang ditawarkan Pop Meals di D'Pulze Mall, Cyberjaya. — Foto ihsan Facebook/Pop Meals MY

KUALA LUMPUR, 23 Dis — Jenama makanan segera terbaharu Malaysia, Pop Meals telah membuka kedai konsep di D'Pulze Mall, Cyberjaya, minggu lepas.

Dalam satu kenyataan semalam, ia berkata dengan hidangan di bawah harga RM15 setiap satu, Pop Meals dengan pantasnya menjadi pilihan para pembeli menerusi tawaran yang terdiri daripada pelbagai pilihan makanan tempatan hingga ke sajian Barat yang menjadi ‘kegemaran’ rakyat Malaysia.

“Pasukan kami bekerja tanpa henti untuk mengenal pasti makanan yang paling popular di Malaysia dan menawarkannya di kedai kami. Pelanggan boleh menjamu selera, mengambil atau membuat pesanan melalui aplikasi mudah alih kami sendiri,” kata pengurus komunikasi Nurul Jamaludin.

Beliau berkata jenama tersebut akan membuka lebih banyak kedai konsep di Lembah Klang dan negeri-negeri lain.

Menurutnya, Pop Meals juga merancang untuk berkembang di seluruh negara dan serantau pada tahun depan. — Bernama

Artikel Berkaitan