Lantik petani, nelayan ahli MPPN — Sharan Raj

27 JUN — Parti Sosialis Malaysia (PSM) amat kesal dengan lantikan Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN) yang tidak melibatkan pesawah, petani, nelayan dan penternak.

Menteri Pertanian seharusnya melantik wakil daripada golongan pesawah, petani, nelayan dan penternak yang sedang bertungkus-lumus menghasilkan stok makanan negara.

Namun, Menteri Pertanian melantik kapitalis, pengimport makanan dan orang tengah yang tidak terlibat dalam sektor asas pertanian negara.

Malah, ramai ahli akademik yang dilantik ke dalam MPPN tidak terlibat atau memiliki realiti tentang sektor pertanian negara.

Hampir 40 tahun, polisi pertanian kerajaan persekutuan gagal memastikan kedaulatan makanan negara sehingga import makanan mencecah lebih RM50 bilion setahun.

Malaysia sudah hilang kedaulatan makanan kerana Putrajaya melantik individu bersifat elitis yang membuat polisi pertanian yang sangat teruk.

Sewajarnya, MPPN dianggotai oleh golongan penghasil makan seperti pesawah, petani, nelayan dan penternak untuk merangka polisi yang inklusif untuk memperkasakan sektor pertanian.

Kegagalan kerajaan persekutuan untuk memastikan kedaulatan makanan negara akan berterusan tanpa pemahaman realiti pertanian daripada perspektif penghasil makan.

* Sharan Rah adalah Ahli Jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia (PSM)

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail.

Artikel Berkaitan