Azmin pemimpin hilang maruah — Syed Badli Shah

12 JULAI — Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sudah tidak relevan lagi berada di kerusi Parlimen Gombak dan (DUN) Bukit Antarabangsa.

Bahkan beliau sudah tidak relevan untuk terus berada di arena politik negara.

Pengkhianatan beliau terhadap PKR menjadikan beliau seorang yang tidak boleh dipercayai disamping hilang integriti dan maruah sebagai seorang pemimpin.

Saya ingin menasihati Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin, serta para pemimpin Umno dan PAS untuk terus berhati-hati dengan insan bernama Azmin Ali kerana potensi beliau untuk mengkhianati rakan seperjuangan adalah sangat tinggi.

Justeru itu, saya ingin menyeru Azmin untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan dengan bersara dari arena politik serta memulangkan semula kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa kepada rakyat.

* Syed Badli Shah Syed Osman adalah Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan. 

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail.