Kembalilah Mary Josephine — Chong Eng

12 JULAI — Sebagai ketua sayap Wanita DAP, saya berasa amat sedih melihat pemergian seorang rakan seperjuangan yang setia dan komited kepada parti, terutamanya seorang pemimpin wanita meninggalkan parti.

Kami menyertai DAP untuk merealisasikan objektif parti — sebuah Malaysia untuk semua rakyat Malaysia.

Dalam waktu yang mencabar ini, kami berharap Mary Josephine tidak berputus asa dengan perjalanan yang dilalui bersama selama ini.

Tiada siapa yang tahu berapa lama masa yang diperlukan untuk mencapai cita-cita bersama kita, tetapi kita semua tidak berjuang besendirian.

Kedukacitaan itu adalah sebahagian daripada perjalanan untuk mencapai impian kita.

Daripada sebuah parti pembangkang, kepada menafikan majoriti dua pertiga kepada Barisan Nasional pilihan raya 2008, dan kemudiannya menunjukkan jalan keluar kepada BN pada PRU14, banyak yang kita lalui bersama.

Sudah tentunya, kemenangan seperti ini tidak akan dapat berjaya tanpa pelbagai pengorbanan, sumbangan dan usaha berterusan daripada para pemimpin dan ahli-ahli DAP, serta dengan kerjasama daripada parti-parti komponen Pakatan Harapan.

Mary Josephine telah berusaha keras untuk berkempen dalam pilihan raya dan pilihan raya kecil selama ini. Beliau salah seorang jurulatih PACA yang terbaik dalam parti.

Kami berharap untuk melihat Mary Josephine menjadi salah seorang pemimpin wanita yang berdedikasi dan boleh menjadi tauladan kepada ahli-ahli parti yang lain, terutamanya dalam sayap wanita DAP.

Segala sumbangan beliau terhadap parti selama ini amatlah dihargai.

DAP seakan-akan sebuah keluarga yang besar. Kadangkala, kita mungkin berbeza pandangan mengenai sesuatu perkara, tetapi kita tidak akan mengabaikan keluarga kita hanya kerana perbezaan pendapat.

Saya minta Mary Josephine untuk gambaran yang lebih menyeluruh dan kekal bersama untuk mencapai impian kita semua, sebuah Malaysia untuk semua rakyat Malaysia.

Dalam perjalanan yang berliku, kita tidak berjalan sendiri.

Kembalilah Mary Josephine. Kami memerlukan anda.

* Chong Eng adalah ketua Wanita DAP.

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail.

Artikel Berkaitan