Klang, Shah Alam terus berasak tunda LRT3 — Sharan Raj

19 JULAI — Berdasarkan pelan asal, LRT 3 sepatutnya siap pada 28 Februari 2021 tetapi dilanjutkan kepada 28 Februari 2024 oleh kerajaan Pakatan Harapan terdahulu. 

Mempercepatkan pembinaan LRT 3 mampu merangsang ekonomi negara kerana meningkatkan permintaan bahan binaan yang akan merancakkan aktiviti ekonomi.

Ketika ini, banyak kilang sedang membuang pekerja kerana permintaan bahan industri telah merudum. 

Pelanjutan pembinaan LRT 3 juga memaksa penduduk di Shah Alam dan Klang untuk berasak-asak dengan kesesakan lalu lintas selama tiga tahun lagi. 

Kerajaan Perikatan Nasional diseru untuk mempercepatkan pembinaan LRT 3 untuk merangsang ekonomi negara.  

Sharan Raj adalah Ahli Jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia.

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail.