Muhyiddin buktikan sokongan majoriti — Dominic Lau

15 DISEMBER — Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mengucapkan tahniah kepada kerajaan persekutuan yang dipimpin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas kelulusan Belanjawan 2021 Bacaan Ketiga di Dewan Rakyat hari ini.

Keputusan pengundian Belanjawan 2021 hari ini juga membuktikan bahawa kepimpinan Muhyiddin mempunyai sokongan majoriti yang kukuh dalam mengekalkan kerajaan Perikatan Nasional.

Dengan kelulusan Belanjawan 2021, semua spekulasi tentang adakah Perdana Menteri sudah hilang kepercayaan di Dewan Rakyat atau adakah ketua pembangkang sudah dapat sokongan majoriti ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baru terjawab.

Beliau menekankan bahawa, kerajaan persekutuan perlu fokus dalam usaha memulihkan ekonomi negara dan membendung wabak pandemik Covid-19.

Beliau juga menggesa semua pihak supaya menghentikan tindakan politik keterlaluan yang mengganggu kestabilan negara dan menyeru semua untuk kembali mengutamakan kepentingan rakyat.

Parti Gerakan percaya hanya permuafakatan dan kerjasama berterusan tanpa mengira latar belakang kaum adalah formula kemenangan untuk menangani krisis Covid-19.

* Datuk Dominic Lau Hoe Chai adalah Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia.

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail.