Had jumlah rentas negeri — Tan Kang Yap

27 DISEMBER — Jangkitan pandemik Covid-19 melanyak dengan begitu drastik. Kes jangkitan baharu kekal pada empat digit, bertambah daripada lebih 1,000 orang kepada lebih 2,000 orang.

Kluster baharu pandemik semakin bertambah, tambahan pula dengan varian baharu Covid-19 yang tercetus di Britain dan Afrika Selatan baru-baru ini, ia lebih mudah dijangkiti dan berdaya tahan lebih tinggi. 

Akan tetapi, kerajaan nampaknya tidak  berdaya menanganinya, masih belum ada sebarang langkah-langkah diutarakan.

Walaupun kerajaan dalam usaha meningkatkan ekonomi negara, mereka tidak lagi berupaya memberi bantuan kepada rakyat terjejas menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tetapi kita harus mencapai keseimbangan di antara membangunkan ekonomi dan pengawalan jangkitan pandemik dan bukan menyamakan pendemik Covid-19 dengan denggi, membiarkannya merebak sewenang- wenangnya.

Menjelang hujung tahun dan tahun baharu,  rakyat jelata mengambil kesempatan bercuti untuk melancong, menyebabkan sesetengah destinasi pelancongan sesak dikunjungi,  amat dikhuatiri kebarangkalian jangkitan turut bertambah. 

Kerajaan bukan sahaja melaungkan slogan “kita jaga kita” yang memaparkan ketidakupayaan penguatkuasaan, siapa berani memberi jaminan di samping keseronokan pelancongan, mereka mengikut SOP?

Di saat kes jangkitan baharu melanda dengan mendadak, kerajaan melonggarkan kawalan pergerakan, kita seharusnya mengehadkan jumlah mereka yang merentasi negeri dan melancong dan menambah juga penguatkuasaan kerana pencegahan lebih baik daripada mengubati.

* Tan Kang Yap adalah Ketua Penerangan Parti Rakyat Malaysia.

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail.