Larang raya balik kampung — Tan Kang Yap

31 JANUARI — Kes positif pandemik Covid-19 sering mencipta rekod baharu malah mencecah lebih 5,000 dan menghampiri 6,000 kes memaparkan ketidakupayaan kerajaan dalam memerangi pandemik Covid-19.

Kami sering kali menyeru kerajaan meningkatkan penguatkuasaan dan mengetatkan SOP tetapi apa yang kita lihat adalah sebaliknya.

Baik kerajaan atau pembangkang, sama-sama mengamalkan polisi populis demi mengambil hati rakyat dengan melonggarkan SOP.

Bermula dengan melanjutkan waktu operasi perniagaan, membenarkan suami isteri merentas negeri, mengizin beratus-ratus orang bersembahyang dan meluluskan lebih ramai orang merentasi negeri.

Keadaan pandemik bertambah teruk. Ini antara contoh-contoh kerajaan masih melonggarkan pengawalan pandemik.

Di samping itu, kami masih menyaksikan parti masing-masing tidak berganding bahu menentang pandemik, perebutan kuasa dalam parti turut berlaku, usaha bagi menjatuhkan kerajaan masih berlaku, sehingga mengenepikan nyawa dan saraan hidup rakyat.

Di saat kegembiraan menyambut Tahun Baharu Cina, China mencatatkan kes baharu positif Covid-19 pada tahap terendah.

Pandemik Covid-19 dikawal dengan baik, kerajaan China membenarkan rakyat pulang ke kampung menyambut tahun baharu.

Hanya 20 hingga 30 peratus sahaja yang pulang ke kampung berbanding dengan tahun sudah, ini menunjukkan rakyatnya mengutamakan kesihatan.

Perayaan panjang dan masih boleh dirayakan pada masa akan datang.

Memandangkan keadaan pendemik Covid-19 bertambah buruk, kami berharap r tidak membenarkan rakyat pulang ke kampung menyambut hari raya kecuali kes terpencil dan alasan munasabah supaya pandemik tidak merebak.

Parti a Rakyat Malaysia sekali lagi menyeru kerajaan dalam keadaan pandemik Covid-19, kita harus mengutamakan pertimbangan keselamatan dan kesihatan rakyat, menambah penguatkuasaan dan mengetatkan SOP agar kita berjaya dalam menangani pandemik Covid-19.

* Tan Kang Yap adalah Ketua Penerangan Parti Rakyat Malaysia.

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail.