Azmin sikitol moden — Syed Badli Shah

12 APRIL — Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semakin tidak waras bila cuba mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kisah pengkhianatan.

Kelihatan begitu janggal sekali kerana seluruh dunia mengenali Azmin sebagai pemula Langkah Sheraton yang akhirnya mengkhianati Pakatan Harapan.

Nama Azmin akan terpahat dalam sejarah sebagai Sikitol Moden dan pengkhianat seperti beliau akan kekal dibenci oleh masyarakat.

Sedangkan rakaman audio yang tular terkait Anwar dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanyalah satu rekayasa jahat untuk menutup kebobrokan kerajaan yang gagal dalam mentadbir negara.

Sebagai salah seorang menteri yang gagal, Azmin seharusnya bermuhasabah diri dan seterusnya berundur dari dunia politik.

Justeru itu sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, saya doakan Azmin bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

* Syed Badli Shah Syed Osman adalah Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan.

** Tulisan ini pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail.